SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG

http://shidalifein.blogspot.com

Wednesday, February 17, 2010

Erti Disebalik Kesetiaan

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…


Rahsia Bulan Kelahiran Saya...

Saya dilahirkan pada 19hb 5 tahun 1987..... ini lah bulan kelahiran saya.

MEI

  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros

Tuesday, February 16, 2010

holiday cuti semester

aktiviti semasa cuti semester kali ini bersama family di Negeri sembilan pada 14-15hb Feb. kami penginap di hotel seremban 2. murah la cikit kat hotel ni, bab makan xpayah risau masa ni, sebab mak saya dah masak awal2 dari rumah siap bawa rencah dan makanan tambahan utuk dimasak. hehe.... dah lama xsama2 macam ni.. terasa gembira.





Gambar kenangan di belakang laut yang tenang ini, saya harap biarlah air ini tenang selalu seperti ini, tetapi ini semua ciptaan ALLAH, tidak mungkin ia setenag selalu, saya selalu berfikir apa yang terjadi sekarang dan masa lalu adalah dugaan saya. mungkin ada hikmah disebaliknya.


macam tak percaya jer... adik ku yang sorang ni nk menyanyi pulak... tapi best malam tu semua nyer menyanyi, mula2 nak karaoke kat jusco jer tapi adik saya ajak p tempat lain pula.. malma tu kami semua pergi senawang... hehe...




















pada kebiasaanya kalau saya bosan@marah pada seseorang saya akan datang jusco dan main mainan ini. saya akan pukul sekuat hati agar segala masalah tu dapat hilang. dan selepas itu sya dah tak nak fikir. baru2 ini sya sedih sedikit dan kecewa dengan beberapa perkara, banyak dugaan yang terpaksa saya lalui. banyak yang terpaksa sya tanggung sendiri. kehidupan ini banyak dugaan yang terpaksa dilalui. tapi apakan daya saya hanya insan biasa yang masih mempunyai hati dan perasaan, walau apa pun sya tak pernah lupa pada orang2 yang banyak membantu dan banyak memberi semangat serta tunjuk ajar, supaya saya menjadi kuat untuk menempuh ranjau kehidupan ini. kadang kala bila belajar di sini saya akan berasa selamat, tapi ia tidaklah seperti yang saya sangkakan.. walaubagaimanapun saya sentiasa menjaga diri dari segi berkawan dan lain2. FUHH.... hampir 3tahun pejam celik dah lama saya berada di negeri orang. hidup merantau ini banyak cabaran yang telah mematangkan saya.




adik bongsu yang saya amat2 sayangi.... kadang-kadang nakal jugak dia ni..



















masa untuk makan... pagi2 ni masih terasa macam mamai jer lagi.. mana tak nyer famaly datg kolej amik saya jam 7am.. pastu masa tu baru tersedar, nak solat subuh lagi.. terkejar2.. hehe.. (",).


Cuti semester bermula

Pada cuti semester ini, saya tidak pulang ke kampung. banyak kerja yang harus saya selesaikan segera seperti asingment, latihan tutorial dan lain-lain lagi. aduh... sedih betul dalam hati bila tidak dapat pulang, walaubagaimanapun pada cuti sem ini famly saya akan datang kesini.. ia amat mengembirakan saya. kebosanan kadang kala amat dirasai kerana semua kawan-kawan dapat pulang. selalu jika ada waktu cuti sayalah orang yang pertama hilang dari kolej.. hehehe... matlamat cuti ni saya nak selesaikan semua asingment dan nak study untuk midtem yang bakal menjelma tidak lama lagi. naik sem ini juga macam-macam aktiviti yang telah diatur oleh pihak kolej... macam padat jer.. jadi sya nk selesaikan segara kerja-kerja yang tertangguh agar sya dapat belajar dengan tenang.